Pages

Sunday, March 17, 2013

Benih Durian Belanda


RM12/pokok


Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.
Durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo menurut satu kajian tertutup oleh pengusaha ubatan dunia.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Rahsia penyelidikan semula ini didedahkan oleh Institut Sains Kesihatan Amerika, mendapati pokok dan buahnya berupaya

1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Ia juga telah diuji oleh sebuah pengusaha farmasi terbesar di Amerika di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban durian belanda, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. durian belanda terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu durian belanda mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, durian belanda telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam durian belanda, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun durian belanda mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.
Khasiat Lain dan petua2 seluruh dunia
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan akar, kulit, dan daunnya untuk mengobati kencing manis.

Begitu juga suku asli Guyana membuat serbuk teh dari daun dan kulit pokoknya dijadikan tonik minuman untuk mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Mereka juga mendapatkan minyak dari daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan minyak zaitun untuk luaran mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti, dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai obat demam, membunuh cacing di perut anak-anak, dan obat diare.

Kulitnya juga dipercaya dapat mengobati penyakit jantung dan batuk, di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai obat malaria.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita suku asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu, di samping menghindari ketegangan.

Dari segi pengobatan modern, kajian menemukan bahwa bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda bisa digunakan sebagai akti-bakteria, anti-kanser, anti-tumor, astrigen, dan penyakit saraf. Durian belanda mengandung bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline, dan tannin.
Nilai Pemakanan

Buah tinggi kandungan karbohidrat, terutamanya fruktosa. Buah ini juga mengandungi sejumlah besar vitamin C, B1, dan B2.
Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.
~ Sekadar berkongsi, dari pelbagai sumber ~
Rujukan
* http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16647.0
http://fw.my/2009/02/20/natural-cancer-killer-10000-times-stronger-than-chemo-soursop/
*
 http://en.wikipedia.org/wiki/Soursop

No comments:

Post a Comment