Pages

Saturday, December 29, 2012

Bucida




 Bucida Variegated

Bucida Molineti




Bucida adalah nama saintifik bagi pokok yang terdapat di dalam gambar-gambar yang tertera. Bagi nama tempatan pula, pokok ini mempunyai pelbagai nama. Dalam bahasa inggeris, pokok ini dikenali sebagai black olive tree. Masyarakat Malaysia pula memberi nama pokok ini sebagai pokok doa. Pokok Bucida Molineti terdapat pelbagai jenis pokok bucida seperti Bucida Angustifolia, Bucida Buceras, Bucida Comintana, Bucida corelliana, Bucida Niitida dan.Benih Variegated

Tuesday, December 11, 2012

Benih Petai hybrid

RM15/pokok
cantuman tunas

Pokok petai menghasilkan buah selepas 5-10 tahun ditanam. Petai berupa pohon yang tingginya antara 5-25 m. Daunnya jenis berselang, bipinata dengan anak-anak daun yang kecil. Kepala bunga berbentuk bebola di hujung julaian tangkai yang panjangnya 20-45 cm. Setiap kepala bunga menghasilkan beberapa buah petai. Setiap buah mengandungi 10-18 biji petai berkulit tipis dan berbau menusuk. Biji petai yang digunakan mempunyai kulit buah yang berwarna hijau ketika matang. Kulit petai tua bertukar menjadi perang atau hitam.


Sunday, November 25, 2012

Benih ciku siam

RM18/pk





Tuesday, November 13, 2012

Benih Nangka J33

RM15/pokok

Tempoh matang singkat, tahan ancaman penyakit dan penjagaan yang mudah. Isinya yang enak, tidak berair, manis, lemak, rangup dan berbau harum membuatkan nangka J33 mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk negara luar

Sunday, September 2, 2012

Benih pokok durian duri hitam (ochee)



RM50/pokok
cantuman tunas

Durian duri hitam ini sudah popular di utara semenanjung dan
rasa buah lebih 'kaw' dari musang king.




Wednesday, August 8, 2012

Benih Pokok kelapa matag F1

RM25/pokok
Kelapa matag adalah jenis kacukan kelapa tempatan Malaya Rendah (Malayan Dwarf) dengan Tagnanan Tinggi dari Filipina. Ia boleh menghasilkan kira-kira 30,000 biji buah setiap hektar setahun.Pokoknya lebih rendah, kira-kira 5.06.0 meter tinggi, dan mula berbuah lima tahun lepas di tanam.
Kelapa jenis ini boleh menghasilkan 25,000 hingga 30,000 biji buah sehektar setahun berbanding baka Malaya Tinggi yang hanya menghasilkan 2,500 biji sehektar setahun.
Kelapa jenis ini mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa kering.
Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak.
Bagi mereka yang bercadang untuk membuat projek penanaman kelapa jenis matag ini, saya sedia menawarkan bekalan benih Kelapa Matag G1 .


Benih Durian Musang King





Musang king nama komersilnya saja, nama yang berdaftar dengan jabatan pertanian ialah durian kunyit @ D197.Asal Tanah Merah Kelantan boleh didapati terutama daerah Kuala Krai n Gua Musang boleh juga didapati didaerah Raub atau Maran, Pahang. Harga pasaran sekarang ialah dari RM20 – RM30/kg

Pokok Kelapa matag F1

RM25/pokok