RM25/pokok
Kelapa matag adalah jenis kacukan kelapa tempatan Malaya Rendah (Malayan
Dwarf) dengan Tagnanan Tinggi dari Filipina. Ia boleh menghasilkan
kira-kira 30,000 biji buah setiap hektar setahun.Pokoknya lebih rendah,
kira-kira 5.06.0 meter tinggi, dan mula berbuah lima tahun lepas di
tanam.
Kelapa jenis ini boleh menghasilkan 25,000 hingga 30,000 biji buah
sehektar setahun berbanding baka Malaya Tinggi yang hanya menghasilkan
2,500 biji sehektar setahun.Kelapa jenis ini mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa kering.
Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak.
Bagi mereka yang bercadang untuk membuat projek penanaman kelapa jenis matag ini, saya sedia menawarkan bekalan benih Kelapa Matag G1 .
Nk tanya apa bezanya F1 dgn G1? Mana lebih baik di antara ke duanya?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMATAG adalah singkatan nama Kelapa Hibrid baru iaitu Kelapa Hibrid di antara Kelapa asal Malaysia dengan Kelapa asal Filipina (Tagnanan). Kelapa Malaysia (Malaysian Yellow Dwarf -MYD atau Malaysian Red Dwarf – MRD) merupakan kelapa rendah (Sumber Bunga Betina) di kacukan dengan debunga jantan Kelapa Tinggi Tagnanan (Berasal dari Filipina dan ditanam di Malaysia) . Proses pengeluaran benih Kelapa MATAG adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Untuk mengeluarkan sebiji benih kelapa MATAG perlukan kos, kesabaran, ilmu teknikal, sumber tulin debunga, sumber tulin induk MYD/MRD yang matang serta kepakaran pekerja pendebunga. Debunga jantan perlu di sembur setiap hari kepada mayang betina yang terbuka (Bunga betina terbuka berperingkat2) dari satu mayang dan kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya. Kalau tak berjaya boleh di bubuh debunga lagi berulangkali.
DeleteBenih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid. Pembajaan pokok perlu di buat mengikut jadual standard untuk mempastikan benih kelapa MATAG dapat dihasilkan dengan baik. Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.. Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian. Kelapa yang rosak, deform dan tak elok tidak diambil sebagai sumber benih. Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar dan kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau Jadi MRD/MYD atau macam Tagnanan. Kajian di Muar mendapati purata untuk jadi benih MATAG F1 tulin 100% lingkungan 40 – 45 % sahaja.
Kelapa MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sekhektar setahun. Projek kelapa MATAG di Kg Sg Gulang2 Batu Pahat yang di tanam pada tahun 2001 mendapati hasil setangkai sehingga 15 biji. Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak) dan Batu Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG oleh Jabatan Pertanian.
Kelebihan kelapa matag:
berbuah lebat (15 biji setandan)
mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun.
mula berbuah dengan cepat seawal 3 tahun
isi tebal
sesuai untuk minuman dan dibuat santan....
G1 adalah anak kepada F1..sudah tentu F1 lebih baik kerana F1 adalah Hybrid..
APA beza F1 dengan F2?
ReplyDeleteBoleh dapat benih F1 tak.
ReplyDeleteKat mana boleh dapat benih f1 ni
ReplyDeleteKat mana boleh dapat benih f1 ni
ReplyDeleteMasih adakah stok benih sekarang ni...
ReplyDelete