RM15/pokok
cantuman tunas
Pokok petai menghasilkan buah selepas 5-10 tahun ditanam. Petai berupa pohon yang tingginya antara 5-25 m. Daunnya jenis berselang,
bipinata dengan anak-anak daun yang kecil. Kepala bunga berbentuk bebola di
hujung julaian tangkai yang panjangnya 20-45 cm. Setiap kepala bunga
menghasilkan beberapa buah petai. Setiap buah mengandungi 10-18 biji petai
berkulit tipis dan berbau menusuk. Biji petai yang digunakan mempunyai kulit
buah yang berwarna hijau ketika matang. Kulit petai tua bertukar menjadi perang
atau hitam.
No comments:
Post a Comment