Pages

Saturday, October 23, 2010

Pokok Gajus


Pokok Gajus atau juga dikenali sebagai "jambu golok" adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae.
Pokok gajus ini berasal dari Brazil dan Peru tumbuh segar di kawasan tanah berpasir. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih.
Ia mempunyai daun yang lebar dan licin. Pucuknya boleh dimakan dan sering diambil bagi dimakan dengan dicicah budu. Pucuknya mempunyai rasa yang kelat sedikit tetapi sedap.Buah gajus adalah buah yang boleh dikira sebagai buah yang unik kerana mempunyai biji di luar. Bijinya berbentuk seperti buah pinggang dan berwarna kelabu. Nama buah ini berbeza mengikut negeri, di mana ada yang menggelarnya sebagai jambu monyet, buah ketereh atau jambu golok. Ia diperkenalkan ke negara kita pada sekitar 1945-1950 oleh syarikat Penang Rubber Estate limited. Pucuk buah gajus enak dimakan dan dijadikan ulam bagi kebanyakan orang. Selain itu kacang dari bijinya mengandungi protein yang sangat tinggi. Buahnya yang masak harus dineutralkan terlebih dahulu, ini kerana buah mentah rasanya agak masam kelat serta berminyak dan tidak berapa menarik selera orang ramai.

No comments:

Post a Comment