Di percayai berasal dari Gua Musang.Nama lainnya Musang King,berwarna kekuningan umpama kunyit dan rasanya manis.Bijinya kecil manakala tekstur isinya cukup halus,mampu mencapai 3 kg sebiji.Penjagaan durian kunyit sangat rumit kerana ia terlalu sensitif terhadap cuaca selain proses pembajaan yang berterusan diperlukan.
Hujan lebat dan angin kuat boleh merencatkan proses tumbesaran pokok selain bunga yang terlalu lemah dan mudah gugur jika ditiup angin kencang.
Sebab itu durian ini bukan tiap-tiap tahun ada, memang susah untuk menjadi. Bila ia berbunga, masa itu kita kena jaga betul-betul kalau tidak bunganya akan gugur.
"Kadang-kadang kita tengok bunganya lebat tetapi jika hujan lebat atau angin kencang semua akan gugur. Proses pembajaan juga diperlukan untuk mengelak daripada ancaman penyakit,musim durian kunyit bermula dari bulan Jun hingga Ogos.
No comments:
Post a Comment