Pages

Saturday, October 23, 2010

Durian Kunyit




Di percayai berasal dari Gua Musang.Nama lainnya Musang King,berwarna kekuningan umpama kunyit dan rasanya manis.Bijinya kecil manakala tekstur isinya cukup halus,mampu mencapai 3 kg sebiji.Penjagaan durian kunyit sangat rumit kerana ia terlalu sensitif terhadap cuaca selain proses pembajaan yang berterusan diperlukan.
Hujan lebat dan angin kuat boleh merencatkan proses tumbesaran pokok selain bunga yang terlalu lemah dan mudah gugur jika ditiup angin kencang.
Sebab itu durian ini bukan tiap-tiap tahun ada, memang susah untuk menjadi. Bila ia berbunga, masa itu kita kena jaga betul-betul kalau tidak bunganya akan gugur.
"Kadang-kadang kita tengok bunganya lebat tetapi jika hujan lebat atau angin kencang semua akan gugur. Proses pembajaan juga diperlukan untuk mengelak daripada ancaman penyakit,musim durian kunyit bermula dari bulan Jun hingga Ogos.






Pokok Gajus


Pokok Gajus atau juga dikenali sebagai "jambu golok" adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae.
Pokok gajus ini berasal dari Brazil dan Peru tumbuh segar di kawasan tanah berpasir. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih.
Ia mempunyai daun yang lebar dan licin. Pucuknya boleh dimakan dan sering diambil bagi dimakan dengan dicicah budu. Pucuknya mempunyai rasa yang kelat sedikit tetapi sedap.Buah gajus adalah buah yang boleh dikira sebagai buah yang unik kerana mempunyai biji di luar. Bijinya berbentuk seperti buah pinggang dan berwarna kelabu. Nama buah ini berbeza mengikut negeri, di mana ada yang menggelarnya sebagai jambu monyet, buah ketereh atau jambu golok. Ia diperkenalkan ke negara kita pada sekitar 1945-1950 oleh syarikat Penang Rubber Estate limited. Pucuk buah gajus enak dimakan dan dijadikan ulam bagi kebanyakan orang. Selain itu kacang dari bijinya mengandungi protein yang sangat tinggi. Buahnya yang masak harus dineutralkan terlebih dahulu, ini kerana buah mentah rasanya agak masam kelat serta berminyak dan tidak berapa menarik selera orang ramai.

Delima Putih


Tahukah anda, delima adalah sejenis buah yang berasal dari Mediterranean yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubatiu pelbagai jenis penyakit. Tanaman perdu berbatang kayu ini mempunyai batang berduri, daunnya lonjong, kecil dan bertepi rata. Kulit buah delima biasanya berwarna hijau kekuningan. Bentuk buahnya seperti epal dengan kelopak bermahkota. Di dalamnya mempunyai beratus-ratus biji.
Khasiat buah Delima
1. Buah ini mengandungi zat besi, kalsium, folforus, vitamin A dan C. Sejak zaman dahulu ahli perubatan Yunani menggunakan ubat ini sebagai ubat cacing. Alkaloid yang terdapat pada kulit buah membuat cacing melekat pada dinding usus manusia melepaskan pegangannya.
2. Dalam perubatan Cina, biji delima putih mempunyai khasiat anti-radang. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawat menggunakan buah delima. Airnya bertindak sebagai astrigen disapu kebahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali sehingga sembuh.
3. Cara memanfaatkan Delima
  • Keputihan - 30g kulit delima kering, direbus dengan satu liter air. Masakkan sehingga airnya tinggal separuh. Minum ramuan ini dua kali sehari
  • Gangguan pencernaan - 50g daun delima segar dimasak dengan air. Minum sewaktu suam.
  • Perut Kembung - Lima helai daun delima kering direndam satu gelas air panas. Minum setelah agak sejuk, minum tiga kali sehari.
  • Menurunkan berat badan - Dua genggam daun delima muda diramas-ramas dengan air masak, dicampurkan sedikit garam. Dapatkan perahan pati, minum dua kali sehari.