Kami membekalkan benih pokok buah.
POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,monthong (Bantal mas/D159),tembaga,udang merah,tembaga,D101,udang merah,benih kelapa matag F1,F2,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,kundang siam,asam jawa king,buah melaka,nona,manggis,manggis mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,keranji,mentega/seralat,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,mangga king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga gajah,mangga 3 rasa,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,ceri barbados,renda,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu batu isi merah,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.
POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti pokok rerama,rerama daun kering,anak biji rerama,benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.
Penghantaran untuk semenanjung malaysia.
Khidmat POSLAJU
Membekalkan topsoil,perlite,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.
Perkhidmatan lanscaping, tanam rumput- rumput philipine,rumput jepun,rumput mutiara dan cow grass
Boleh hubungi:-
012 674 2798 Zairee(whatsap)
019 675 2798 Linda (whatsap)
BUMI HIJAU NURSERY
No.22,Lrg 4/3,Taman Jati,
48000 Rawang,Selangor
Kordinat : 3.303481,101.586537
Makluman:-
Maaf saya tidak dapat membalas komen yang di tinggalkan pada setiap page atau post....
Untuk mendapatkan respon yang pantas sila direct cal atau (whatsap)
Monday, December 30, 2013
Benih pokok kopi
Sunday, December 29, 2013
Benih pokok Putat
Tuesday, December 24, 2013
Benih pokok turi
Wednesday, December 11, 2013
Benih Tongkat Ali
Tuesday, December 3, 2013
Benih Jambu Batu Seedless
Thursday, November 28, 2013
Benih Asam Jawa King
Monday, November 25, 2013
Benih Mangga R2E2
Saturday, November 23, 2013
Benih Longan Brazil
Tuesday, November 12, 2013
Benih Limau Sunkis
Sunday, November 3, 2013
Benih Mangga Irwin
Tuesday, October 22, 2013
Benih Mangga Kim Hong
Monday, October 21, 2013
Benih Mangga Lemak
Thursday, October 10, 2013
Benih mangga Mas Hitam
Tuesday, October 8, 2013
Benih mangga kelapa
Mangga kelapa beratnya mencapai 0.8-2 kg/buah.Dinamakan
mangga kelapa kerana ianya menyerupai bentuk dan ukuran kelapa gading dan
berwarna hijau.Isinya tebal dan bijinya relatif kecil,manis dan kandungan air
yang banyak.
Panjang tangkai buahnya mencapai 0.5m dan satu atau dua buah
sahaja pada setiap tangkai.Mampu berbuah sepanjang tahun dan di percayai
berasal dari medan ,sumatera
utara.
Monday, September 23, 2013
Benih Jambu Susu
Thursday, September 19, 2013
Benih serai pedas
Saturday, September 14, 2013
Benih Jambu Bol
Jambu bol atau dikenali dengan nama jambu kepal dan jambu merah atau jambu keling adalah tumbuhan dari famili Myrtaceae. Jambu ini tidak sama dengan jambu air. Jambu bol dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia tetapi taburannya kini boleh didapati diIndia, Asia Tenggara hingga ke Kepulauan Pasifik. Ia juga ditanam di sekitar Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Penanaman
Jambu bol ditanam secara biji, keratan, kaedah tut atau cantuman. Pokoknya boleh tumbuh di kawasan yang banyak menerima hujan serta tanah yang berat.
Khasiat
Jambu bol boleh dimakan mentah dan rasanya agak masam sedikit. Putik berwarna hijau tetapi setelah masak berwarna merah. Buah ini sedap sama ada dicecah kicapbergula, garam atau sambal belacan. Ia juga boleh dicampur dalam rojak atau salad dan dibuat jus buah, jem dan jeli.
Wednesday, September 11, 2013
Benih Avocado
Avokado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avokado dipercayai berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri. Tanaman avokado tidak popular disemua negara Asia Tenggaraseperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia kurang meminat makan buah avokado tidak seperti di beberapa negara Amerika Latin,Caribbean, Indonesia dan Filipina yang amat menggemari makan buah avokado. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula.
Pokok avokado merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 20 meter (70 kaki). Pokoknya bercabang dengan daun berwarna hijau gelap berukuran 12-25 cm panjang dan berkilat di bahagian atas permukaan daun. Bahagian bawah daun agak cerah keputihan yang mempunyai berbagai bentuk seperti lanseolat, ekliptik, bujur, ovat dan juga bentuk obovat. Buah Avocado mempunyai bentuk 'pear' yang agak tirus di bahagian pangkal buah seakan bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm diameter. Kulit berwarna hijau kekuningan, hijau gelap, merah ungu atau ungu gelap dan agak kehitaman apabila cukup masak. Kadang-kala ada juga yang mempunyai titik-titik kuning dan mempunyai ketebalan kulit kira-kira 6 mm.
Bunga Avokado berwarna hijau kekuningan yang ada 2 pusaran serta 3 lobus periant dengan 9 stamen dan 2 kelenjar nektar berwarna jingga. Kaedah atau cara pendebungaan pokok avokado ada dua cara iaitu kaedah 'A' dan kaedah 'B'. Kaedah 'A' adalah dimana organ betina akan terbuka pada waktu pagi dan debunga dikeluarkan tengahari sementara keadah 'B' iaitu debunga dikeluarkan pagi dan organ betina dibuka waktu tengahari. Daripada 11 spesis avokado, sebanyak 5 spesis mempunyai bunga jenis A dan 6 spesis jenis B.
Avokado adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.
Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher,siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.
Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.
Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering
Saturday, September 7, 2013
Benih pokok Abiu
Abiu (Pouteria caimito) adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae yang berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ia juga boleh dijumpai di Malaysia. DiSabah tanaman ini telah mula ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom pada tahun 1984 sebagai salah satu koleksi janaplasma buah-buahan dari luar negeri yang berpotensi unruk dibangunkan.
Pokok abiu sederhana besar dengan ketinggian mencapai sehingga 10 meter. Daunnya tersusun secara berselang, berbentuk sama ada obovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Buah yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai "puting" yang pendek sebelah bawah buah, tangkai buah yang pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk empat segi panjang.[1]
Abiu boleh dibiak sama ada melalui biji benih atau secara pembiakan tampang. Jenis pembiakan tampang yang sesuai dilakukan ialah cantuman baji ataupun cantuman sisi. Anak pokok yang dibiak cara tampang boleh ditanam ke ladang 4-5 bulan selepas mencantum. Biji benih abiu haruslah disemai secepat mungkin (1-2 hari) bagi menjamin pertumbuhan yang baik. Anak pokok dibiak dari biji benih boleh ditanam ke ladang bila mencapai umur 6-8 bulan selepas disemai. Pokok abiu yang dibiak secara tampang akan mula mengeluarkan buah antara 1-2 tahun selepas ditanam di ladang sementara itu pokok yang dibiak melalui biji benih hanya mulai berbuah 2-4 tahun selepas menanam.[1]
Rujukan-http://ms.wikipedia.org/wiki/Abiu
Thursday, September 5, 2013
Benih cempedak CH28
Tuesday, August 27, 2013
Benih Epal Bidara
Pokok Epal Bidara merupakan pokok bersaiz sederhana yang tumbuh dengan pantas dan mempunyai akar tunjang maju, penyesuaian diperlukan untuk keadaan kemarau. Spesis berlainan berbeza-beza secara meluas dari segi ketinggian, dari pokok renek lebat 1.5-2 m tinggi, hingga 10-12 m tinggi dengan diameter batang kira-kira 30 cm. Z. mungkin mauritiana mendirikan atau merebak luas, dengan anggun melabuh cawangan berduri, mabuk branchlets, berduri atau set dengan pendek, duri lurus atau ketagih tajam. [3]
Daun ini alternatif, ovate atau bujur eliptik dengan puncak bulat, dengan 3 urat lekuk membujur di pangkal. Daunnya adalah kira-kira 2.5-3.2 cm panjang dan 1.8 kepada 3.8 cm lebar dan mempunyai gigi halus pada pinggirnya. Ia bewarna hijau gelap dan berkilat di sebelah atas dan hijau-pucat hingga hijau-kelabu di bahagian bawah. Bergantung kepada iklim, dedaunan daripada Pokok Bidara mungkin malar hijau atau daun luruh. Bunganya kecil, kuning, 5-kelopak dan biasanya dalam berdua-duaan dan bertiga di celah daun. Bunga putih atau putih kehijauan dan buahnya bewarna oren coklat, 2-3 cm panjang, boleh dimakan dengan pulpa putih mengelilingi 2-locular pirena.[1]
Pokok yang cepat tumbuh ini mula menghasilkan buah-buahan dalam tempoh tiga tahun. Buahnya adalah lembut, berair, buah berbiji sekitar 2.5 cm diameter walaupun dengan penanaman canggih buah mampu mencapai saiz 6.25 cm panjang dan 4.5 cm lebar. Bentuk buah mungkin berbentuk bujur, obovate, bulat atau lonjong, kulit licin atau kasar, berkilat, nipis tetapi keras. Buah-buahannya masak pada masa yang berlainan walaupun di atas pokok tunggal yang sama. Buahnya mula-mula hijau, kuning ketika masak. Buah yang matang sepenuhnya bewarna merah, lembut, berair dengan kulit berkedut dan mempunyai aroma yang menyenangkan. Buah yang masak rasanya adalah manis dan masam. Kedua-dua tekstur isi dan rasa menyerupai epal. Apabila mengkal isinya putih dan rangup, berasid hingga separa berasid hingga rasa manis. Buah yang masak sepenuhnya adalah kurang rangup dan agak bertepung, buah terlebih masak adalah berkedut, isi bewarna kream, lembut, berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan tetapi ia menjadi hapak apabila masak. Terdapat biji ksarr ditengah keras, bujur atau lonjong yang mengandungi 2 biji benih bujur, coklat, 1/4 (6mm) panjang.
Sunday, August 25, 2013
Benih pokok cengkih
RM18/pk
Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica) merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.
Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan
tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang
pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup
bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm
rujuk :-http://ms.wikipedia.org/wiki/Cengkih
Sunday, August 18, 2013
Benih pulasan
Friday, August 16, 2013
Benih Mangga King
Tuesday, August 6, 2013
Benih Lemon Australia
Thursday, July 25, 2013
Benih Belalai Gajah
RM12/pk
- Khasiat daun belalai gajah mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
m
Monday, July 22, 2013
Benih ciku mega
RM30/pk
Pokok ciku C19 mempunyai batang yang tidak berbonggol seperti ciku Subang atau Jantung. Pokoknya cepat membesar dan relatifnya mempunyai kanopi rendah dan sesuai untuk tanaman padat. Ciku C19 mampu berbuah sebiji sahaja setiap tangkai. Ciri ini penting untuk kurangkan serangan perosak (lalat buah - Bactocera papayae) dan kulapuk hitam. Penjarangan buah juga didakwa tak perlu seperti klon lain. Buah ciku ini berbentuk simeteri dengan bahu buah yang rata. Ia mudahkan proses pembungkusan dan kurangkan kecederaan semasa pembungkusan. Berat buah lingkungan 320-400 gram sebiji (Jantung cuma 90-130 gram/biji dan Subang cuma 80-120 gram/ biji).
Kadar pembentukkan buah C19 sebanyak 10.2% iaitu sama seperti ciku Subang (10.65) berbanding dengan ciku Jantung mempu mencapai 21.0%. Kajian MARDI juga mendapati potensi hasi ciku C19 sebanyak 21.9 mt sepokok berbanding dengan ciku Jantung (24.4 mt sepokok) dan ciku Subang sebanyak 24.5 mt sepokok. Jika dikira anggaran pengeluaran hasil untuk setahun paling tinggi ialah ciku Subang (8.3 mt/ tahun) diikuti ciku Jantung (8.2 mt/ tahun) dan ciku C19 (7.3 mt/tahun). Buah ciku C19 sesuai dihidangkan segar tanpa perlu dikupas.
Dari segi amalan agronomi ciku C19 sesuai ditanam pada jarak 18m x 18 m pada kepadatan 134 pokok seekar atau orang kampong suka kata sebanyak 336 sehektar. Oleh kerana C19 kurang debunga, disyorkan agar ditanam klon ciku Subang sebagai sumber debunga dalam kebun pada kadar 5-10%/ha. Benih boleh didapati dari sumber Tut atau cantuman baji dari sumber-sumber yang telah di sahkan oleh jabatan Pertanian atau MARDI. Ada penjual pasar malam yang bubuh label ciku C19 tetapi pembeli kena pastikan asal usul benih tersebut jika tak mahu tertipu.
Sunday, July 21, 2013
Benih Rambutan Gading
Wednesday, July 17, 2013
Benih Mesta
RM15
Mesta (Garcinia Mangostana) merupakan sejenis buah-buahan tropica daripada kumpulan manggis.Buah mesta ini agak berbeza berbanding manggis dari segi struktur buah,pokok dan saiz.Pokok mesta lazimnya lebih kecil sedikit berbanding dengan pokok manggis,mempunyai daun yang lebat,rimbun dan saiz daun lebih kecil,berbentuk bulat lonjong dimana bahagian bawah agak tajam,susunan ulas yang sekata dan tiada yang berbiji besar seperti manggis dan tidak mempunyai getah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
































