Kami membekalkan benih pokok buah.
POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,monthong (Bantal mas/D159),tembaga,udang merah,tembaga,D101,udang merah,benih kelapa matag F1,F2,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,kundang siam,asam jawa king,buah melaka,nona,manggis,manggis mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,keranji,mentega/seralat,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,mangga king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga gajah,mangga 3 rasa,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,ceri barbados,renda,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu batu isi merah,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.
POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti pokok rerama,rerama daun kering,anak biji rerama,benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung malaysia.
Khidmat POSLAJU

Membekalkan topsoil,perlite,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.
Perkhidmatan lanscaping, tanam rumput- rumput philipine,rumput jepun,rumput mutiara dan cow grass

Boleh hubungi:-

012 674 2798 Zairee(whatsap)
019 675 2798 Linda (whatsap)


BUMI HIJAU NURSERY
No.22,Lrg 4/3,Taman Jati,
48000 Rawang,Selangor
Kordinat : 3.303481,101.586537



Makluman:-
Maaf saya tidak dapat membalas komen yang di tinggalkan pada setiap page atau post....
Untuk mendapatkan respon yang pantas sila direct cal atau (whatsap)
Showing posts with label Benih Sentul. Show all posts
Showing posts with label Benih Sentul. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Benih Sentul

RM18/pokok
cantuman tunas

Pokok sentul atau kecapi merupakan pokok hutan yang tergolong dalam kategori pokok buah-buahan nadir di Malaysia. Pokok ini semakin jarang ditemui dan ramai dalam kalangan generasi muda tidak lagi mengenalinya. Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae seperti pokok rambai, langsat dan sentang.  Pokok yang sederhana besar ini boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m dengan diameter batangnya sehingga 90 cm.  Taburan semula jadinya adalah di sekitar Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Pokok sentul tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai taburan hujan yang sekata. Memandangkan pokok ini tahan cuaca, ia boleh tumbuh di kawasan bermusim panas yang panjang. Buah sentul enak dimakan. Buahnya berbentuk bebola, berdiameter 5–7 cm, berwarna kuning keemas-emasan dan berbulu lembut. Kulit buahnya tebal dan agak liat. Isi buah sentul berulas-ulas, lembut dan berwarna putih seakan-akan isi buah manggis. Rasanya masam-masam manis dan tidak mudah lekang daripada bijinya. Selain dimakan segar, buah sentul juga dibuat acar dan jeruk. Kulit buahnya juga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sayur lemak dan dijadikan lauk. Pokok sentul mempunyai banyak khasiat perubatan tradisional. Buahnya mengandungi vitamin B, C, kalium dan fosforus. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut. Akar dan kulit kayunya juga digunakan dalam merawat ibu-ibu selepas bersalin. Daun pokok sentul pula diletakkan pada kulit untuk merangsang peluh dan merawat gatal-gatal kulit. Air rebusan daunnya juga digunakan dalam mandian bagi meredakan demam panas. Kulit batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap. Selain itu, kayu pokok sentul turut digunakan dalam pertukangan, pembinaan ringan dan pembuatan perkakas rumah. Pokok yang semakin dilupai ini boleh dijumpai di Arboretum Buah-buahan FRIM.
DARI http://www.frim.gov.my