Pages

Friday, September 18, 2015

Benih pokok mentega atau pokok seralat


Puah mentega, buah epal baldu, butter fruit (Inggeris) atau nama saintifiknya Diospyros blancoi dari famili Ebenaceae merupakan tumbuhan dari genus pokok kayu. Pokok buah mentega dikategorikan sebagai tumbuhan nadir yang hampir pupus dan sangat jarang didapati kini.
Buah mentega berwarna perang kemerahan apabila matang dan kulitnya mempunyai bulu lembut seperti baldu, isinya merah jambu berkrim dengan rasa dan aroma yang agak kurang menyenangkan iaitu seperti keju yang busuk.
Tanaman ini dikatakan berasal dari Filipina yang disebut dengan nama pokok kamagong tetapi buahnya disebut mabolo. Ianya juga boleh didapati ke kepulauan Micronesia yang dikenali dengan nama matib.
Pokok mentega merupakan tumbuhan tropika dan boleh hidup subur dipelbagai jenis tanah. Pokok mentega boleh dibiak menggunakan biji benih yang akan mengambil masa 6 atau 7 tahun untuk berbuah manakala tanaman menggunakan keratan mengambil masa lebih pendek iaitu antara 3 – 4 tahun.
Pada hakikatnya terdapat banyak variasi buah mentega akibat genetik dalam tumbuhan dan ini dapat dibezakan dari segi bentuk, saiz atau rasa. Selain buahnya yang boleh dimakan segar, kayu pokok mentega amat padat, keras dan berwarna gelap dan sesuai dijadikan perabut atau peralatan dekorasi.
Daun pokok mentega telah terbukti mengandungi isoarborinol metil eter (juga dipanggil cylindrin ) dan ester lemak α- dan β - amyrin. Kedua-dua metil eter isoarborinol dan campuran amyrin yang menunjukkan aktiviti antimikrob terhadap Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa , Candida albicans , Staphylococcus aureus dan Trichophyton mentagrophytes yang merupakan ciri-ciri anti radang dan analgesik.

5 comments:

  1. Assalamualaikum.. sy nak beli pokok ni. Mcm mana ya.. saya di kajang.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. sy nak beli pokok ni. Mcm mana ya.. saya di kajang.

    ReplyDelete
  3. Aku mau beli pokok ini.Aku tinggal KL.
    Sila bagI tel contact ataupun alamat nursery

    ReplyDelete
  4. Saya pun mencari benih pokok buah ini ..

    ReplyDelete