Pages

Saturday, September 26, 2015

Friday, September 18, 2015

Benih pokok mentega atau pokok seralat


Puah mentega, buah epal baldu, butter fruit (Inggeris) atau nama saintifiknya Diospyros blancoi dari famili Ebenaceae merupakan tumbuhan dari genus pokok kayu. Pokok buah mentega dikategorikan sebagai tumbuhan nadir yang hampir pupus dan sangat jarang didapati kini.
Buah mentega berwarna perang kemerahan apabila matang dan kulitnya mempunyai bulu lembut seperti baldu, isinya merah jambu berkrim dengan rasa dan aroma yang agak kurang menyenangkan iaitu seperti keju yang busuk.
Tanaman ini dikatakan berasal dari Filipina yang disebut dengan nama pokok kamagong tetapi buahnya disebut mabolo. Ianya juga boleh didapati ke kepulauan Micronesia yang dikenali dengan nama matib.
Pokok mentega merupakan tumbuhan tropika dan boleh hidup subur dipelbagai jenis tanah. Pokok mentega boleh dibiak menggunakan biji benih yang akan mengambil masa 6 atau 7 tahun untuk berbuah manakala tanaman menggunakan keratan mengambil masa lebih pendek iaitu antara 3 – 4 tahun.
Pada hakikatnya terdapat banyak variasi buah mentega akibat genetik dalam tumbuhan dan ini dapat dibezakan dari segi bentuk, saiz atau rasa. Selain buahnya yang boleh dimakan segar, kayu pokok mentega amat padat, keras dan berwarna gelap dan sesuai dijadikan perabut atau peralatan dekorasi.
Daun pokok mentega telah terbukti mengandungi isoarborinol metil eter (juga dipanggil cylindrin ) dan ester lemak α- dan β - amyrin. Kedua-dua metil eter isoarborinol dan campuran amyrin yang menunjukkan aktiviti antimikrob terhadap Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa , Candida albicans , Staphylococcus aureus dan Trichophyton mentagrophytes yang merupakan ciri-ciri anti radang dan analgesik.

Thursday, September 17, 2015

Benih betik sekaki


Wednesday, September 16, 2015

Benih sunkis Variegated


Sunday, September 13, 2015

Benih Kelapa Pandan Siam


Benih kelapa matag F1


Sunday, September 6, 2015

Benih koko


Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.
Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersial bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysiapenanaman secara komersial apabila kaltivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.
Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau dalam Famili Sterculiaceae, yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Benih koko biasanya digunakan untuk menghasilkan koko dan coklat.
Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dalam bentuk mentega koko).