Pages

Wednesday, September 11, 2013

Benih Avocado


Avokado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avokado dipercayai berasal dari PueblaMexico. Sejarah menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri. Tanaman avokado tidak popular disemua negara Asia Tenggaraseperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia kurang meminat makan buah avokado tidak seperti di beberapa negara Amerika Latin,Caribbean, Indonesia dan Filipina yang amat menggemari makan buah avokado. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula.
Pokok avokado merupakan pokok saka yang tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 20 meter (70 kaki). Pokoknya bercabang dengan daun berwarna hijau gelap berukuran 12-25 cm panjang dan berkilat di bahagian atas permukaan daun. Bahagian bawah daun agak cerah keputihan yang mempunyai berbagai bentuk seperti lanseolat, ekliptik, bujur, ovat dan juga bentuk obovat. Buah Avocado mempunyai bentuk 'pear' yang agak tirus di bahagian pangkal buah seakan bulat dan oval berukuran 7-33 cm panjang dan 15 cm diameter. Kulit berwarna hijau kekuningan, hijau gelap, merah ungu atau ungu gelap dan agak kehitaman apabila cukup masak. Kadang-kala ada juga yang mempunyai titik-titik kuning dan mempunyai ketebalan kulit kira-kira 6 mm.
Bunga Avokado berwarna hijau kekuningan yang ada 2 pusaran serta 3 lobus periant dengan 9 stamen dan 2 kelenjar nektar berwarna jingga. Kaedah atau cara pendebungaan pokok avokado ada dua cara iaitu kaedah 'A' dan kaedah 'B'. Kaedah 'A' adalah dimana organ betina akan terbuka pada waktu pagi dan debunga dikeluarkan tengahari sementara keadah 'B' iaitu debunga dikeluarkan pagi dan organ betina dibuka waktu tengahari. Daripada 11 spesis avokado, sebanyak 5 spesis mempunyai bunga jenis A dan 6 spesis jenis B.
Avokado adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi proteinzat besifosforuskalsiumsodiumpotasiumvitamin A dan C dan niasin.
Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher,siku, pergelangan tanganpinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.
Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.
Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering



2 comments: