Pages

Monday, July 22, 2013

Benih ciku mega

RM30/pk


Pokok ciku C19 mempunyai batang yang tidak berbonggol seperti ciku Subang atau Jantung. Pokoknya cepat membesar dan relatifnya mempunyai kanopi rendah dan sesuai untuk tanaman padat. Ciku C19 mampu berbuah sebiji sahaja setiap tangkai. Ciri ini penting untuk kurangkan serangan perosak (lalat buah - Bactocera papayae) dan kulapuk hitam. Penjarangan buah juga didakwa tak perlu seperti klon lain. Buah ciku ini berbentuk simeteri dengan bahu buah yang rata. Ia mudahkan proses pembungkusan dan kurangkan kecederaan semasa pembungkusan. Berat buah lingkungan 320-400 gram sebiji (Jantung cuma 90-130 gram/biji dan Subang cuma 80-120 gram/ biji).
Kadar pembentukkan buah C19 sebanyak 10.2% iaitu sama seperti ciku Subang (10.65) berbanding dengan ciku Jantung mempu mencapai 21.0%. Kajian MARDI juga mendapati potensi hasi ciku C19 sebanyak 21.9 mt sepokok berbanding dengan ciku Jantung (24.4 mt sepokok) dan ciku Subang sebanyak 24.5 mt sepokok. Jika dikira anggaran pengeluaran hasil untuk setahun paling tinggi ialah ciku Subang (8.3 mt/ tahun) diikuti ciku Jantung (8.2 mt/ tahun) dan ciku C19 (7.3 mt/tahun). Buah ciku C19 sesuai dihidangkan segar tanpa perlu dikupas.
Dari segi amalan agronomi ciku C19 sesuai ditanam pada jarak 18m x 18 m pada kepadatan 134 pokok seekar atau orang kampong suka kata sebanyak 336 sehektar. Oleh kerana C19 kurang debunga, disyorkan agar ditanam klon ciku Subang sebagai sumber debunga dalam kebun pada kadar 5-10%/ha. Benih boleh didapati dari sumber Tut atau cantuman baji dari sumber-sumber yang telah di sahkan oleh jabatan Pertanian atau MARDI. Ada penjual pasar malam yang bubuh label ciku C19 tetapi pembeli kena pastikan asal usul benih tersebut jika tak mahu tertipu.

No comments:

Post a Comment