Pages

Thursday, July 25, 2013

Benih Belalai Gajah

RM12/pk
  • Khasiat daun belalai gajah  mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.
 m

Monday, July 22, 2013

Benih ciku mega

RM30/pk


Pokok ciku C19 mempunyai batang yang tidak berbonggol seperti ciku Subang atau Jantung. Pokoknya cepat membesar dan relatifnya mempunyai kanopi rendah dan sesuai untuk tanaman padat. Ciku C19 mampu berbuah sebiji sahaja setiap tangkai. Ciri ini penting untuk kurangkan serangan perosak (lalat buah - Bactocera papayae) dan kulapuk hitam. Penjarangan buah juga didakwa tak perlu seperti klon lain. Buah ciku ini berbentuk simeteri dengan bahu buah yang rata. Ia mudahkan proses pembungkusan dan kurangkan kecederaan semasa pembungkusan. Berat buah lingkungan 320-400 gram sebiji (Jantung cuma 90-130 gram/biji dan Subang cuma 80-120 gram/ biji).
Kadar pembentukkan buah C19 sebanyak 10.2% iaitu sama seperti ciku Subang (10.65) berbanding dengan ciku Jantung mempu mencapai 21.0%. Kajian MARDI juga mendapati potensi hasi ciku C19 sebanyak 21.9 mt sepokok berbanding dengan ciku Jantung (24.4 mt sepokok) dan ciku Subang sebanyak 24.5 mt sepokok. Jika dikira anggaran pengeluaran hasil untuk setahun paling tinggi ialah ciku Subang (8.3 mt/ tahun) diikuti ciku Jantung (8.2 mt/ tahun) dan ciku C19 (7.3 mt/tahun). Buah ciku C19 sesuai dihidangkan segar tanpa perlu dikupas.
Dari segi amalan agronomi ciku C19 sesuai ditanam pada jarak 18m x 18 m pada kepadatan 134 pokok seekar atau orang kampong suka kata sebanyak 336 sehektar. Oleh kerana C19 kurang debunga, disyorkan agar ditanam klon ciku Subang sebagai sumber debunga dalam kebun pada kadar 5-10%/ha. Benih boleh didapati dari sumber Tut atau cantuman baji dari sumber-sumber yang telah di sahkan oleh jabatan Pertanian atau MARDI. Ada penjual pasar malam yang bubuh label ciku C19 tetapi pembeli kena pastikan asal usul benih tersebut jika tak mahu tertipu.

Sunday, July 21, 2013

Benih Rambutan Gading

RM15/pk

Wednesday, July 17, 2013

Benih kuinin

RM15/pk

Benih Mesta

RM15

Mesta (Garcinia Mangostana) merupakan sejenis buah-buahan tropica daripada kumpulan manggis.Buah  mesta ini agak berbeza berbanding manggis dari segi struktur buah,pokok dan saiz.Pokok mesta lazimnya    lebih kecil sedikit berbanding dengan pokok manggis,mempunyai daun yang lebat,rimbun dan saiz daun lebih kecil,berbentuk bulat lonjong dimana bahagian bawah agak tajam,susunan ulas yang sekata dan tiada yang berbiji besar seperti manggis dan tidak mempunyai getah.                                                                            

Sunday, July 14, 2013

Benih Limau Nipis Seedless

RM12/pokok


Pokok limau nipis terkini tanpa biji dan mempunyai rasa yang lebih sedap. Selain saiz yang lebih besar ia juga mengandungi air yang lebih banyak. Selain itu,ia juga memudahkan kita tanpa perlu membuang biji terlebih dahulu.
Pokok ini cepat berbuah(lebih kurang 1 tahun). Harga pasaran lebih kurang RM6-7/kg. 

Benih Cermai Belanda


Pokok Cermai Belanda atau nama saintifiknya Eugenia michelii, ialah sejenis pokok yang memiliki buah seperti buah dari pokok Cermai tetapi bewarna merah.
Ia merupakan sejenis pokok hutan dan tidak ditanam secara komersil.