Pages

Sunday, June 30, 2013

Benih Pokok Cycas/Bogak

RM150
Pokok Bogak atau Cycas Clivicola adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur batang yang cukup menarik dan daun yang menyerupai tumbuhan palma. Di Negeri Perlis ia tumbuh liar di lereng-lereng bukit di Banjaran Nakawan dan Wang Mu, berhampiran sempadan Thailand. Pada masa ini cycas adalah antara tumbuhan yang dikawal dan dilindungi agar kepupusannya dapat dikawal. Selain Perlis, Utara Negeri Kedah Dan Utara Negeri Perak merupakan habitat paling popular dimana pokok bogak ini boleh didapati.. Bagaimanapun terdapat nursery yang menjual pokok ini pada harga yang amat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit. Keunikan pokok ini dan cerita disebaliknya membuatkan harga spesies ini melambung tinggi.

Pokok bogak ini tidak boleh diambil sesuka hati dari dalam hutan kerana ia adalah menyalahi akta perhutanan dan sesiapa yang tertangkap boleh dikenakan denda. Tetapi jika pokok ini telah ada di rumah atau nusery, maka akta perhutanan ini tidak boleh dikenakan kepada pemiliknya. Inilah yang menyebabkan ada orang yang sanggup masuk ke hutan mencari pokok ini kerana mereka tahu jika pokok ini telah di bawa turun dari hutan dan ditempatkan di nursery atau rumah, mereka terlepas dari membayar denda

No comments:

Post a Comment