RM12/pokok
Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai
buah susu, merupakan sejenis
pokok
yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa
sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan
minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di
pasar raya atau kedai-kedai.
Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan
sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii.
Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti
yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning
(Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu
(Passiflora edulis sim).
Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di
dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa
kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih
sesuai ditanam di
Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari
Australia dan
Hawaii pada tahun
1960-an.
Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan
sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di
tepi.
Di
Malaysia,
markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa
5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih
kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan
menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai
berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau
yang sedap apabila ranum.
Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan
Disember hingga
Januari dan
Julai hingga
Ogos.
Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah
tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah
markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari
selepas proses pendebungaan.
Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning
pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh
dijadikan jem,
agar-agar,
perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai
citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya
dengan pro-vitamin A,
vitamin C,
niasin, dan
riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman
sirap,
kek,
roti dan
susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan
Rujukan- http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Markisa