Pages

Friday, March 29, 2013

Benih pokok cermai



                                          RM12/sepokok


Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.
Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk (masin/masam ataupun manis). Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih tunggal yang keras di tengah-tengahnya.
Khasiat daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin, flavonoida, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat. Manakala buah cermai pula mengandungi serat, mineral dan vitamin C. [1]
Dikatakan memakan pucuk cermai dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa, lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi, dan kanser.[perlu rujukan] Buahnya pula dapat merawat sembelit.
Pokok cermai boleh didapati di ketinggian antara 0-1,000 meter. Ia mampu tahan pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir
Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Cermai

5 comments:

  1. salam en.zairee... benih cermai belanda xde ke??

    ReplyDelete
  2. mcm mana nak beli pokok cermai nie boleh sms saya 0139485749

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kalau ada ceri surinam@ cermai mekah...WA saya 0136205701. Tq.

    ReplyDelete