Pages

Monday, February 25, 2013

Benih Asam Gelugor

RM15/pokok
cantuman baji

Asam gelugur (Garcinia atroviridis Griff)[1][2] atau asam keping merupakan sejenispokok nadir yang dipercayai berasal dari semenanjung Malaysia. Pokok ini telah disebarkan ke negara-negara jiran seperti di ThailandIndonesiaFilipina dan juga India. Maklumat berkaitan keluasan tanaman asam gelugor tidak ada yang dicatitkan olehJabatan Pertanian Malaysia kerana kebanyakannya di tanam atau tumbuh di kebun secara bercampur dengan tanaman buah-buahan lain. Antara negeri-negeri semenanjung yang didapati mempunyai banyak jumlah pokok ini ialah seperti di PerakKelantan,TerengganuNegeri SembilanPahang dan Kedah. Terdapat juga pokok asam gelugor di kawasan hutan dan buahnya dikutip secara berkala oleh penduduk kampung berhampiran.
Rasa daun dan bunga dalah lemak-lemak, sedikit manis, sedikit kemasaman dan kelat. Manakala buahnya pula rasa masam jika dimakan. Buah dan pucuknya bersifat sejuk.Pokok asam gelugor merupakan sejenis pokok saka berbuah yang mempunyai akar tunjang dan mampu mencapai ketinggian sehingga 10-15 meter. Batangnya dari kayu keras berwarna kelabu. Daun tunggal, besar, bujur memanjang, berwarna hijau gelap dengan permukaan atasnya berkilat, pucuk muda berwarna kemerahan bertukar hijau tua apabila matang. Bunganya mempunyai kelopak dan berwarna merah kekuningan yang keluar dari celah ketiak daun. Buah asam gelugor berwarna hijau cerah ketika muda dan akan jingga kekuningan apabila matang. Buahnya mempunyai biji keras dan mempunyai rasa yang sangat masam. Bentuk buah asam gelugor berbeza-beza mengikutvarieti iaitu ada yang bulat, oval dan bentuk oblong serta mempunyai ketak. Berat buah antara 100-700 gram sebiji dan mempunyai garispusat antara 6-11 cm. Buahnya mempunyai 12-16 ketak.

http://ms.wikipedia.org/wiki

1 comment:

  1. Tuan, ada buat penghantaran benih pokok ke daerah Mersing ataupun johor tak? Ni no phone saya 0197315737, email- m.fair.76@gmail.com

    ReplyDelete