RM18/pokok
Nama Tempatan: | Pokok ajaib | |
Nama Saintifik: | Synsepalum dulcificum | |
Nama Lain: | Miraculous berry, buah ajaib,pokok ajaib, miracle fruit,miracle berry,magic berry | |
Famili: | Sapotaceae | |
Asal: | Afrika Barat | |
keterangan: |
||
pokok
ajaib merupakan sejenis pokok yang unik.Bersesuaian dengan namanya buah
yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas
sebarang asid.Walaupun buah ini sebenarnya hanya tawar, Ia menyebabkan
setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah
disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin.Kesan ini akan
dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut.Buahnya
sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis
semulajadi.Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim
tropika.Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan
yang telah rosak atau basi.
Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih. Untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi. |
||
kegunaan: | ||
Dalam
perubatan buah ini digunakan untuk merawat demam, kencing manis,
malaria, buasir dan batuk. Kandungan gula semulajadi yang dihasilkan
oleh buahnya juga amat berguna untuk membantu pesakit kencing manis.
|
pokok ni ad lagi ke?
ReplyDelete