Kami membekalkan benih pokok buah.
POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,monthong (Bantal mas/D159),tembaga,udang merah,tembaga,D101,udang merah,benih kelapa matag F1,F2,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,kundang siam,asam jawa king,buah melaka,nona,manggis,manggis mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,keranji,mentega/seralat,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,mangga king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga gajah,mangga 3 rasa,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,ceri barbados,renda,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu batu isi merah,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.
POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti pokok rerama,rerama daun kering,anak biji rerama,benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung malaysia.
Khidmat POSLAJU

Membekalkan topsoil,perlite,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.
Perkhidmatan lanscaping, tanam rumput- rumput philipine,rumput jepun,rumput mutiara dan cow grass

Boleh hubungi:-

012 674 2798 Zairee(whatsap)
019 675 2798 Linda (whatsap)


BUMI HIJAU NURSERY
No.22,Lrg 4/3,Taman Jati,
48000 Rawang,Selangor
Kordinat : 3.303481,101.586537



Makluman:-
Maaf saya tidak dapat membalas komen yang di tinggalkan pada setiap page atau post....
Untuk mendapatkan respon yang pantas sila direct cal atau (whatsap)

Wednesday, August 8, 2012

Benih Pokok kelapa matag F1

RM25/pokok
Kelapa matag adalah jenis kacukan kelapa tempatan Malaya Rendah (Malayan Dwarf) dengan Tagnanan Tinggi dari Filipina. Ia boleh menghasilkan kira-kira 30,000 biji buah setiap hektar setahun.Pokoknya lebih rendah, kira-kira 5.06.0 meter tinggi, dan mula berbuah lima tahun lepas di tanam.
Kelapa jenis ini boleh menghasilkan 25,000 hingga 30,000 biji buah sehektar setahun berbanding baka Malaya Tinggi yang hanya menghasilkan 2,500 biji sehektar setahun.
Kelapa jenis ini mempunyai hasil yang lebih baik, berisi tebal dan lebih berat apabila menghasilkan kelapa kering.
Kelapa Matag juga bersaiz lebih besar daripada kelapa jenis Mawar dan turut mampu memberi pulangan yang baik kepada penanam kerana isinya lebih tebal dan rasa yang enak.
Bagi mereka yang bercadang untuk membuat projek penanaman kelapa jenis matag ini, saya sedia menawarkan bekalan benih Kelapa Matag G1 .


8 comments:

  1. Nk tanya apa bezanya F1 dgn G1? Mana lebih baik di antara ke duanya?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. MATAG adalah singkatan nama Kelapa Hibrid baru iaitu Kelapa Hibrid di antara Kelapa asal Malaysia dengan Kelapa asal Filipina (Tagnanan). Kelapa Malaysia (Malaysian Yellow Dwarf -MYD atau Malaysian Red Dwarf – MRD) merupakan kelapa rendah (Sumber Bunga Betina) di kacukan dengan debunga jantan Kelapa Tinggi Tagnanan (Berasal dari Filipina dan ditanam di Malaysia) . Proses pengeluaran benih Kelapa MATAG adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang tinggi. Untuk mengeluarkan sebiji benih kelapa MATAG perlukan kos, kesabaran, ilmu teknikal, sumber tulin debunga, sumber tulin induk MYD/MRD yang matang serta kepakaran pekerja pendebunga. Debunga jantan perlu di sembur setiap hari kepada mayang betina yang terbuka (Bunga betina terbuka berperingkat2) dari satu mayang dan kemudian di balut/ tutup dengan plastik telus cahaya. Kalau tak berjaya boleh di bubuh debunga lagi berulangkali.

      Benih yang berjaya didebungakan akan dibuka plastik penutup dan dibiarkan sehingga 6-8 bulan untuk menjadi buah kelapa hibrid. Pembajaan pokok perlu di buat mengikut jadual standard untuk mempastikan benih kelapa MATAG dapat dihasilkan dengan baik. Baja 12:12:17:2 digunakan dengan kadar 100-150 gram sekali sebanyak 4 kali setahun.. Buah yang telah matang di tuai dan yang berkualiti sahaja di susun dalam tapak semaian. Kelapa yang rosak, deform dan tak elok tidak diambil sebagai sumber benih. Semaian selama 4-5 bulan ditapak semaian sehingga daun pucuk 3-5 helai keluar dan kemudian dibuat pemilihan (culling) sama ada ianya F1 (MATAG) atau Jadi MRD/MYD atau macam Tagnanan. Kajian di Muar mendapati purata untuk jadi benih MATAG F1 tulin 100% lingkungan 40 – 45 % sahaja.
      Kelapa MATAG merupakan kelapa jenis baru dipercayai mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sekhektar setahun. Projek kelapa MATAG di Kg Sg Gulang2 Batu Pahat yang di tanam pada tahun 2001 mendapati hasil setangkai sehingga 15 biji. Isi kelapa MATAG adalah tebal dan kandungan santan yang tinggi. Daerah Sabak Bernam (Selangor), Bagan Datok (Perak) dan Batu Pahat (Johor) merupakan tumpuan projek penanaman kelapa MATAG oleh Jabatan Pertanian.
      Kelebihan kelapa matag:
      berbuah lebat (15 biji setandan)
      mampu mengeluarkan sehingga 40,000 biji sehektar setahun.
      mula berbuah dengan cepat seawal 3 tahun
      isi tebal
      sesuai untuk minuman dan dibuat santan....
      G1 adalah anak kepada F1..sudah tentu F1 lebih baik kerana F1 adalah Hybrid..

      Delete
  3. Masih adakah stok benih sekarang ni...

    ReplyDelete