Kami membekalkan benih pokok buah.
POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,monthong (Bantal mas/D159),tembaga,udang merah,tembaga,D101,udang merah,benih kelapa matag F1,F2,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,kundang siam,asam jawa king,buah melaka,nona,manggis,manggis mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,keranji,mentega/seralat,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,mangga king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga gajah,mangga 3 rasa,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,ceri barbados,renda,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu batu isi merah,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.
POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti pokok rerama,rerama daun kering,anak biji rerama,benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung malaysia.
Khidmat POSLAJU

Membekalkan topsoil,perlite,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.
Perkhidmatan lanscaping, tanam rumput- rumput philipine,rumput jepun,rumput mutiara dan cow grass

Boleh hubungi:-

012 674 2798 Zairee(whatsap)
019 675 2798 Linda (whatsap)


BUMI HIJAU NURSERY
No.22,Lrg 4/3,Taman Jati,
48000 Rawang,Selangor
Kordinat : 3.303481,101.586537



Makluman:-
Maaf saya tidak dapat membalas komen yang di tinggalkan pada setiap page atau post....
Untuk mendapatkan respon yang pantas sila direct cal atau (whatsap)

Thursday, December 22, 2016

Benih Jujube atau kurma cina (Chinese Date)




JUJUBE (ziziphus jujuba Mill) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang mana kita di Malaysia menamakan sebagai 'Buah Bidara'.Buah ini juga diberi nama sebagai Chinese date,Korea date,Indian date dan Red date yang ditanam untuk pokok hiasan disamping menghasilkan buah.Tumbuhan ini merupakan pokok dari keluarga Rhamnaceae yang menghasilkan buah yang manis dan disukai olaeh ramai peminat.Tumbuhan ini adalah naif dari kawasan China dan di Asia Selatan dengan terdapat lebih dari 400kultivar.Tumuhan ini boleh tumbuh dengan baik dalam keadaan iklim yang perbagai.Bagaimana pun ia memerlukan kawasan beriklim panas dan sejuk dengan ketahanan suhu sejuk sehingga -15 darjah celsius.Pokok ni juga boleh hidup dikawasan gurun sehingga kawasan tanah tinggi yang sejuk dan paling ideal adalah kawasan beriklim sederhana.Beberapa negara menanam jujube untuk menghasilkan dimana jumlah pengeluaran buah ini sekitar 800,000 metrik tan setahun.Antara negara yang banyak menanam jujube seperti china,India,Korea,Iran,pakistan dan Lebenon.
Tumbuhan jujube merupakan jenis pokok renek yang tumbuh menegak dengan ketinggian sekitar 5-10meter bergantung kepada kultivar dan sistem pengurusan.Pokok jujube mempunyai banyak dahan dan mempunyai duri yang tajam.Daunnya adalah bersaiz kecil dengan ukuran 2-7cm panjang dan 1-3cm lebar serta berkilat.Bentuk daun adalah acute ovate  atau  kecil tirus berwarna hijau dan bahagian tepi yang bergelombang.Lazimnya ada 2 duri panjang pada pangkal daun.Bunganya adalah bersaiz kecil(4-5mm panjang) berwarna hijau kekuningan pada kelopaknya dengan mengeluarkan aroma kuat yang wangi.Kaedah pendebungaan bagi jujube kurang pasti tetapi kemungkinan oleh seranggan seperti semut dan juga angin.Kajian menunjukkan kebanyakan jujube tidak menjalankan proses pedebungaan bersilang.
Buah jujube adalah dalam bentuk 'Drupe' atau berangkai dengan saiz buah sekitar 1.5-3cm.Bentuk buah juga banyak variasi daripada bentuk bulat kepada bentuk memanjang dengan saiz buah daripada seperti buah ceri hingga kepada saiz buah Plum.Ia mempunyai lapisan kulit nipis dengan isi buah yang boleh dimakan berwarna putih dan manis rasanya.Buah muda lazimnya berwarna hijau dan akan menjadi kuning hijau sehingga kepada warna merah mahogani apabila cukup matang.Buah masak mempunyai rasa mannis serta ranggup apabila ia cukup merah.Setiap buah mempunyai satu biji yang berbentuk bulat seperti biji zaitun.
Kaedah pembiakan lazimnya secara kaedah CANTUMAN (grafting or budded)pada dahan yang sesuai.Pembiakan dengan cara keratan boleh dijalankan walaupun kadar kejayaan agak rendah.Biji dari buah juga boleh digunakan sebagai bahan tanaman tetapi ketulinan varieti tiada ada jaminan.Anak benih yang sesuai ditanam dengan jarak 3 ke 4meter bergantung kepada jenis tanah dan varieti yang digunakan.Setelah mencapai ketinggian 1-1.2meter boleh dippotong batang untuk mendapatkan sistem percabangan yang seimbang.Buat cantasan sehingga mendapat bentuk pokok yang dikehendaki.

2 comments: