Kami membekalkan benih pokok buah.
POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,monthong (Bantal mas/D159),tembaga,udang merah,tembaga,D101,udang merah,benih kelapa matag F1,F2,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,kundang siam,asam jawa king,buah melaka,nona,manggis,manggis mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,keranji,mentega/seralat,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,mangga king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga gajah,mangga 3 rasa,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,ceri barbados,renda,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu batu isi merah,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.
POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti pokok rerama,rerama daun kering,anak biji rerama,benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung malaysia.
Khidmat POSLAJU

Membekalkan topsoil,perlite,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.
Perkhidmatan lanscaping, tanam rumput- rumput philipine,rumput jepun,rumput mutiara dan cow grass

Boleh hubungi:-

BUMI HIJAU NURSERY
No.22,Lrg 4/3,Taman Jati,
48000 Rawang,Selangor
Kordinat : 3.303481,101.586537

012 674 2798(whatsap)
019 675 2798(whatsap)


Makluman:-
Maaf saya tidak dapat membalas komen yang di tinggalkan pada setiap page atau post....
Untuk mendapatkan respon yang pantas sila direct cal atau (whatsap)

Thursday, November 19, 2015

Benih pokok Matoa


Mungkin diantara kita sudah sering mendengar tentang buah yang dikabarkan oleh banyak orang sebagai buah asli Papua. Dulu saat awal2 ketenaranya ketika tahun 2000-an, buah matoa mulai dikenal di kepulauan jawa. Entah bagaimana prosesnya.. tetapi kenyataanya buah matoa pun juga bisa hidup di Pulau Jawa. Buah Matoa sungguh menyenangkan untuk dilihat, mungkin karena terasa aneh dengan buah ini yang kenampakanya tidak lazim di pulau jawa

Buah Matoa ini ternyata bisa tumbuh di Pulau Jawa, ini merupakan kabar gembira bagi kita semua, kita telah mengetahui bersama, bahwa buah yang tumbuh di suatu daerah, memang cocok untuk seseorang yang ada didaerah tersebut. Kita telah mengetahui, bahwa orang papua itu kuat-kuat, dan mereka tahan banting dengan energi yang ada didalam tubuhnya mampu bertahan dari hawa dingin dan mampu berjalan lama untuk membawa barang daganganya ke kota. Pohon matoa ini tumbuh diantara daerah mereka yang merupakan buah asli papua. Dengan demikian tentu buah matoa memiliki kandungan yang baik untuk keperluan tubuh guna menjaga endurance tubuh (daya tahan tubuh).




Dengan ciri-ciri tumbuhan yang mirip dengan pohon rambutan karena memang masih sekerabat dengan Pohon Rambutan dalam taksonomi, Buah matoa ini memiliki rasa yang khas, antara kelengkeng dan aroma durian


Friday, October 2, 2015

Benih gaharu jenis Malaccensis




Nama Tempatan: Gaharu/depu
Nama Saintifik: Aquilaria malaccensis
Nama Lain: Karas, Engkaras, agar wood, aquilaria, krasna, agaloca,aloeswood, eaglewood, jinkoh. Famili: Thymelaeaceae
Lokasi dijumpai: Hutan hujan tropika

Fakta keterangan:

Kayu Gaharu terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.

Ia juga digunakan oleh masyarakat secara meluas sejak turun-temurun, malah ada yang mengatakankayu gaharu dari pokok gaharu telah digunakan sejak zaman Firaun sama ada untuk upacara keagamaan atau bahan untuk membuat minyak wangi.

Pokok gaharu atau dikenali juga di Malaysia dengan nama lain seperti depu, karas atau engkaras merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya. Diameter batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut. Taburan pertumbuhan pokok gaharu /depu secara geografinya meliputi kawasan Asia tenggara, India dan China. Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan paya dan berair.

Friday, September 18, 2015

Benih pokok mentega atau pokok seralat


Puah mentega, buah epal baldu, butter fruit (Inggeris) atau nama saintifiknya Diospyros blancoi dari famili Ebenaceae merupakan tumbuhan dari genus pokok kayu. Pokok buah mentega dikategorikan sebagai tumbuhan nadir yang hampir pupus dan sangat jarang didapati kini.
Buah mentega berwarna perang kemerahan apabila matang dan kulitnya mempunyai bulu lembut seperti baldu, isinya merah jambu berkrim dengan rasa dan aroma yang agak kurang menyenangkan iaitu seperti keju yang busuk.
Tanaman ini dikatakan berasal dari Filipina yang disebut dengan nama pokok kamagong tetapi buahnya disebut mabolo. Ianya juga boleh didapati ke kepulauan Micronesia yang dikenali dengan nama matib.
Pokok mentega merupakan tumbuhan tropika dan boleh hidup subur dipelbagai jenis tanah. Pokok mentega boleh dibiak menggunakan biji benih yang akan mengambil masa 6 atau 7 tahun untuk berbuah manakala tanaman menggunakan keratan mengambil masa lebih pendek iaitu antara 3 – 4 tahun.
Pada hakikatnya terdapat banyak variasi buah mentega akibat genetik dalam tumbuhan dan ini dapat dibezakan dari segi bentuk, saiz atau rasa. Selain buahnya yang boleh dimakan segar, kayu pokok mentega amat padat, keras dan berwarna gelap dan sesuai dijadikan perabut atau peralatan dekorasi.
Daun pokok mentega telah terbukti mengandungi isoarborinol metil eter (juga dipanggil cylindrin ) dan ester lemak α- dan β - amyrin. Kedua-dua metil eter isoarborinol dan campuran amyrin yang menunjukkan aktiviti antimikrob terhadap Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa , Candida albicans , Staphylococcus aureus dan Trichophyton mentagrophytes yang merupakan ciri-ciri anti radang dan analgesik.

Sunday, September 6, 2015

Benih koko


Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.
Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersial bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika dan Amerika Tengah. Di Malaysiapenanaman secara komersial apabila kaltivar Upper Amazon didapati sesuai ditanam di negara ini.
Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan pokok malar hijau dalam Famili Sterculiaceae, yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Benih koko biasanya digunakan untuk menghasilkan koko dan coklat.
Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300m), dan memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dalam bentuk mentega koko).

Sunday, August 9, 2015

Benih pokok kemunting

Nama Tempatan:Kemunting
Nama Saintifik:Rhodomyrtus tomentosa (Ait.) Hassk.
Nama Lain:Dunduok (kadazan dusun),Gangrenzi(cina),Downy rose myrtle, downy myrtle, hill gooseberry, hill guava,Isenberg bush, myrte-groseille,rose myrtle
Famili:Myrtacea
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Asal:

keterangan:

Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand. Ia merupakan tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter.Batangnya yang muda mempunyai bulu-bulu pendek yang halus dan padat.Daunnya tersusun secara bertentangan, berbentuk ringkas dan berbentuk bujur.Permukaan daun berkilat dengan warna hijau gelap manakala bahagian bawah daunnya mempunyai bulu-bulu halur dan berwarna hijau pudar.Bunganya berwarna merah jambu, dengan lima kelopak. Ia mempunyai banyak stamen dengan 5 filamen berwarnamerah jambu dan saiznya berukuran (garis rentas) 2.5 cm.Satu atau lebih bunga tersusun pada tangkai bunga.Buahnya kecil (beri) dengan ukuran garis rentas lebih kurang 1.3 cm, berwarna ungu gelap dengan isi yang manis dan berbau harum.Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

kegunaan:

Di Malaysia, masyarakat kadazan dusun merebus akar kemunting untuk menjadikan air rebusannya sebagai penawar untuk muntah berdarah.Air rebusan ini (lebih kurang 150 ml)diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem. Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam.

Wednesday, August 5, 2015

Benih Durian Musang king dan Durian Duri Hitam

                  Benih durian musang king tinggi 5 kaki
Benih Durian Duri Hitam tinggi 4 1/2 kaki










Tuesday, July 14, 2015

Maintenance rumput dan lanskap



1.Kerja pemotongan rumput dan lanskap.

2.Menanam pokok-pokok hiasan dan buah untuk laman rumah.

3.Membekal dan menanam rumput jenis japanese,mutiara,philipine dan cowgrass.


Harga mengikut keluasan dan keadaan kawasan.


Monday, July 6, 2015

Tanah - Topsoil



Perkhidmatan membekal topsoil untuk kawasan selangor.Harga Diantara
RM150 hingga RM500 mengikut muatan,kuantiti dan lokasi.

Thursday, June 25, 2015

Benih Mangga Kelapa




Mangga ini beratnya dapat mencapai 1 kg. Panjang tangkai buahnya dapat mencapai 0,5 m dan setiap tangkai hanya digantungi satu buah. Mangga yang berukuran istimewa ini diduga berasal dari Medan, Sumatera Utara. Buahnya berbentuk bulat seperti apel dan berwarna hijau. Daging buahnya tebal, teksturnya lunak tak berserat, dan kandungan airnya banyak. Rasanya manis dan segar. Bijinya relatif kecil bila dibandingkan ukuran buahnya. Mangga ini mampu berbuah sepanjang musim. Jenis mangga ini berprospek cukup baik sebagai bahan baku industri pembuatan sari buah atau produk olahan yang lain karena daging buahnya relatif banyak. Sayangnya, mangga ini kurang populer karena termasuk langka.

Manfaat

    Sebagai buah meja atau sebagai minuman.

Syarat Tumbuh

    Tanaman mangga termasuk tanaman dataran rendah. Tanaman ini dapat tumbuh dan berkembang baik di daerah dengan ketinggian antara 0-300 m di atas permukaan laut. Meskipun demikian, tanaman ini juga masih dapat tumbuh sampai ketinggian 1.300 m di atas permukaan laut. Daerah dengan curah hujan antara 750-2.250 mm per tahun dan temperatur 24-27° C merupakan tempat tumbuh yang baik untuk tanaman buah ini. Jenis tanah yang disukainya adalah tanah yang gembur, berdrainase baik, ber-pH antara 5,5-6, dan dengan kedalaman air tanah antara 50-150 cm.

Pedoman Budidaya

    Perbanyakan tanaman: Umumnya, tanaman mangga diperbanyak dengan okulasi, walaupun dapat pula dengan sambung pucuk dan cangkok. Sebagai batang bawah digunakan semai mangga madu, cengkir (indramayu), dan bapang. Penggunaan bibit dari biji tidak dibenarkan, kecuali untuk batang bawah. Batang bawah yang tidak serasi (inkompatibel) berpengaruh kurang baik terhadap pertumbuhan dan pembuahan (produksi buah, bentuk buah, dan rasa daging buah) batang atas. Pembuatan bibit (semaian dan okulasi) biasanya langsung dilakukan di kebun. Kemudian, dipindahkan ke polibag setelah tinggi tunas sekitar 20 cm. Budi daya tanaman: Bibit ditanam dalam lubang tanam berukuran 60 cm x 60 cm x 50 cm dengan jarak tanam 8-12 m. Setiap lubang diberi pupuk kandang yang telah jadi sebanyak 1-2 blek bekas minyak tanah atau 20 kg. Bibit okulasi ditanam di lahan setelah mencapai ketinggian lebih dari 75 cm. Pupuk buatan yang diberikan berupa campuran 200 kg urea, 500 kg TSP (667 kg SP-36), dan 150 kg KCl per hektar atau 200 g urea, 500 g TSP, dan 150 g KCl per tanaman.

Pemeliharaan

    Pemupukan dilakukan empat kali dengan selang tiga bulan. Dosisnya meningkat sesuai dengan umur tanaman. Setelah mencapai tinggi 1 m, bibit dipangkas pada perbatasan bidang pertumbuhan agar dapat bercabang banyak. Cabang ini dipelihara 2-3 tunas per cabang. Pemangkasan diulang setelah cabang baru mencapai panjang 1 m, demikian seterusnya hingga diperoleh susunan 1-3-9 cabang.

Hama dan Penyakit

    Hama yang merisaukan adalah penggerek batang (Cryptorrhynchus sp.) dan kumbang cicade (Idiocerus niueosparsus). Serangga hama pengisap Idiocerus sangat merusak bunga mangga hingga berguguran. Jumlah bunga betina rendah dengan pembuahan oleh tepung sari yang lemah. Serangan serangga (wereng) menyebabkan produksi mangga rendah. Hama ini dapat diatasi dengan semprotan insektisida sistemik Tamaron 0,2%. Pemberian insektisida melalui infus lebih dianjurkan untuk menghindari pengaruh jelek terhadap kumbang penyerbuknya. Penyakit yang sering menyerang, terutama di daerah beriklim basah adalah penyakit blendok (lh'plodia sp.), mati pucuk (Gloeosporium sp.), dan penyakit pascapanen (Botryodiplodia sp.) yang menyebabkan buah mangga cepat membusuk pada bagian pangkalnya. Namun, penyakit ini dapat menyerang batang sambungan bibit mangga bila kondisi lingkungan tanaman lembap dan dingin. Serangan Diplodia yang sangat merusak batang dapat diatasi dengan mengoleskan larutan Benlate 0,3% atau lisol 20-50% pada luka yang telah dibersihkan lebih dulu.

Panen dan Pasca Panen

    Buah mangga dipanen setelah tua benar. Cirinya, bagian pangkal buah telah membengkak rata dan warnanya mulai menguning. Pemungutan buah yang belum tua benar menyebabkan rasanya agak asam dan kelat (mutu rendah). Umur buah dipanen kira-kira 4-5 bulan (110-150 hari) sejak bunga mekar (anthesis). Pemetikan harus hati-hati, tidak boleh jatuh, dan getahnya tidak boleh mengenai buah mangga tersebut. Umumnya, tanaman mangga berbunga pada bulan Juli-Agustus. Buah matang dapat dipanen pada bulan September-Desember. Buah harus dibersihkan dari kutu, jelaga, dan getah yang menempel.

Tuesday, June 2, 2015

Benih Durian Udang Merah

Durian udang merah disebut juga durian ang he memiliki ciri daging buah menyerupai udang...rasa manis manis pahit dan berisi lebih kenyal, berkulit sedikit tebal tetapi sangat lazat


Monday, April 20, 2015

Makanan lembu & kambing



mo-Plus 50kg .       rm  95/bag@rm 1800/mt

Mineral blok 5kgx2.   29/kotak

Mineral blok Authelmentic(ubat cacing+mineral blok 5kg@rm 70/kotak

Zeolite 50kg.                65/bag

Mkn Lembu Tenusu(DCP) Pellet 50kg@rm 48/bag

Mkn Lembu Tenusu(DCP)Mesh 50kg@rm 44/bag

Mkn Lembu Feedloat(PKC 01) Pellet 50kg@rm 35

Mkn Lembu Feedloat(PKC 02) Pellet 50kg@rm 39

Mkn Lembu Feedloat(PKC 02) Mesh 50kg@rm 36/bag

Mkn Kambing Pellet 50kg@45/bag

Mkn Kambing Mesh 50kg @41/bag

Mkn Ayam Grower Mesh 50kg@rm95

M-Probio sudah aktif 1 litre@rm 9/litre

M-Probio(Em One) 2 litre@rm 25

1 set Bio Bac 1+2+3(1 litre setiap botol) 1 set @rm 380

1 set Bio Bac 1+2+3(50ml setiap botol) 1 set @rm 50.

Note: Tn/pn/En/Cik blh hubungi talian kami..012-674 2798


Wednesday, February 25, 2015

Pokok Maman dan khasiat nya


Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang dikatakan banyak ditanam di Terengganu dan Negeri Sembilan. Menurut pengusaha ulam-ulaman yang saya ketemui, maman juga banyak ditanam di Perak secara komersil bagi pembuatan jeruk. Sesetengah orang juga memasaknya seperti sayur biasa. Dari segi perubatan , biji yang direbus boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok mamanpula boleh dijadikan racun serangga.

Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya.

Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.

Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.