Kami membekalkan benih pokok buah.
POKOK BUAH/NADIR-Benih durian raja kunyit/mousang king,durian duri hitam,monthong (Bantal mas/D159),tembaga,udang merah,tembaga,D101,udang merah,benih kelapa matag F1,F2,benih dokong mas,ciku mega,ciku siam,longan pingpong,longan brazil,longan lada,longan berlian,sukun,sentul,kundang siam,asam jawa king,buah melaka,nona,manggis,manggis mesta,nangka J33,cempedak CH28,cempedak champion,nangka siam isi merah,cempedak Durian,rambutan anak sekolah,rambutan gading,rambutan jarum mas,rambutan gula batu,pulasan,epal bidara,durian belanda,rambai,sentul,keranji,mentega/seralat,mangga harumanis,mangga mas hitam,cokanan,mangga king,kuinin,mangga namdokmai,mangga epal,mangga kelapa,mangga kim hong,mangga lemak,mangga irwin ,mangga R2E2,mangga siam king madu,mangga mahachanok,mangga gajah,mangga 3 rasa,kedondong,gajus,jambu madu vietnam,asam gelugor,cermai,ceri barbados,renda,laici,lemon australia,lemon seedless,jambu batu seedless,jambu batu 1kg,jambu bol,jambu susu,jambu batu isi merah,Jambu batu merah,petai hybrid,jering,kerdas,kopi,benih abiu,belimbing madu,belimbing buluh,delima,avocado dan lain-lain.
POKOK HERBA dan POKOK ULAM seperti pokok rerama,rerama daun kering,anak biji rerama,benih betik sekaki,buluh madu,benih bunga cengkih,halia bara,papermint,benih ketum,pokok kopi,markisa,sambung nyawa,serai wangi,pudina,kemangi,selaseh,mahkota dewa,mulberi,ulam raja,pokok ajaib moringa,mas cotek,senduduk putih,belalai gajah,lemba,keladi tikus,jerangau,stevia,tenggek burung,kacip fatimah,tongkat ali,pokok salam,kasturi,kasturi variegated,limau sunkis,sunkis variegated,limau madu,purut,limau nipis seedless,limau bali siam isi merah,pokok turi,pecah beling dan lain-lain.

Penghantaran untuk semenanjung malaysia.
Khidmat POSLAJU

Membekalkan topsoil,perlite,sabut hancur(cocopeat),cocofiber,sekam padi,sekam bakar dan tanah baja.
Perkhidmatan lanscaping, tanam rumput- rumput philipine,rumput jepun,rumput mutiara dan cow grass

Boleh hubungi:-

012 674 2798 Zairee(whatsap)
019 675 2798 Linda (whatsap)


BUMI HIJAU NURSERY
No.22,Lrg 4/3,Taman Jati,
48000 Rawang,Selangor
Kordinat : 3.303481,101.586537



Makluman:-
Maaf saya tidak dapat membalas komen yang di tinggalkan pada setiap page atau post....
Untuk mendapatkan respon yang pantas sila direct cal atau (whatsap)

Saturday, September 7, 2013

Benih pokok Abiu



Abiu (Pouteria caimito) adalah sejenis tanaman malar hijau yang tergolong dalam keluarga Sapotaceae yang berasal dari kawasan tanah rendah Amazon di Brazil dan kini telah tersebar luas di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ia juga boleh dijumpai di Malaysia. DiSabah tanaman ini telah mula ditanam di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom pada tahun 1984 sebagai salah satu koleksi janaplasma buah-buahan dari luar negeri yang berpotensi unruk dibangunkan.
Pokok abiu sederhana besar dengan ketinggian mencapai sehingga 10 meter. Daunnya tersusun secara berselang, berbentuk sama ada obovat atau eliptik, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok. Buah yang muda berwarna hijau, berbentuk eliptik atau bulat, berkulit licin dan kadangkala mempunyai "puting" yang pendek sebelah bawah buah, tangkai buah yang pendek dan mengandungi banyak cairan bergetah. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk empat segi panjang.[1]
Abiu boleh dibiak sama ada melalui biji benih atau secara pembiakan tampang. Jenis pembiakan tampang yang sesuai dilakukan ialah cantuman baji ataupun cantuman sisi. Anak pokok yang dibiak cara tampang boleh ditanam ke ladang 4-5 bulan selepas mencantum. Biji benih abiu haruslah disemai secepat mungkin (1-2 hari) bagi menjamin pertumbuhan yang baik. Anak pokok dibiak dari biji benih boleh ditanam ke ladang bila mencapai umur 6-8 bulan selepas disemai. Pokok abiu yang dibiak secara tampang akan mula mengeluarkan buah antara 1-2 tahun selepas ditanam di ladang sementara itu pokok yang dibiak melalui biji benih hanya mulai berbuah 2-4 tahun selepas menanam.[1]

Rujukan-http://ms.wikipedia.org/wiki/Abiu


No comments:

Post a Comment